Sunday, August 17, 2008

Cincin tambatan

Petikan dari Harian Metro

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Sunday/

SakitTuan/20080817123336/Article/indexp_html


ADA lelaki mengadu mengalami masalah mengawal kekerasan zakar ketika bersetubuh dengan isteri.

Lebih teruk lagi, masalah berlaku ketika menikmati persetubuhan.

Bagi sesetengah kes, kadangkala lelaki terbabit terasa seperti mengalami ejakulasi dan zakar terus mengendur, pada hal tiada air mani keluar.

Sememangnya keseluruhan anggota sulit lelaki sensitif apabila terangsang.

Geselan dilakukan kepada anggota sulit itu sama ada dengan tangan, oral atau melalui persetubuhan.

Jika dilakukan tanpa kawalan, ia akan mengakibatkan lelaki itu mencapai kemuncak serta merta sebelum pasangannya sempat menikmati keseronokan.

Adakala ketika lelaki itu berusaha melegakan perasaan terangsang, tiba-tiba ereksi mengendur.

Ini berlaku apabila darah yang berkumpul dalam otot zakar terkeluar secara automatik, lebih-lebih lagi jika dia kemut otot lubang najisnya yang sengaja dilakukan bertujuan memantapkan ereksi, tetapi perkara sebaliknya yang berlaku.

Mengemut otot pembukaan lubang najis itu memberi isyarat kepada saluran darah seolah-olah proses ejakulasi sudah berlaku dan darah sudah boleh keluar daripada otot zakar.

Fenomena ini dikenali sebagai ‘pelvic steal reflex’ dan biasa berlaku kepada lelaki berumur.

Untuk memantapkan lagi fungsi anggota sulit, amalkan senaman kemut atau senaman kegel iaitu mencengkam lubang najis dan lubang kencing dan tahan nafas dua hingga lima saat dan ulangi sebanyak 50 kali sehari.

Anda boleh melakukan kemutan itu lima kali sehari dan pada setiap kali lakukan 10 cengkaman.

Selain itu, anda boleh amalkan belaian zakar dengan menyapu krim ‘virile’ untuk lelaki setiap kali selesai mandi.

Krim penjagaan anggota sulit lelaki itu dirumuskan dengan herba dan ekstrak biologi untuk kesegaran kulit serta struktur dalaman.

Amalkan gaya hidup sihat, usah minuman keras, berhenti merokok, makan makanan seimbang, elak stres dan kawal berat badan.

Anda juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala untuk mengenal pasti jika ada penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi dan beberapa lagi penyakit ‘ketuaan’.

Tidak salah jika anda mahu mencuba herba untuk kawalan kesihatan dan pemantapan tenaga seperti ‘NU-Prep 50 atau NU-Prep75, NHanceX’ yang ada jual di farmasi dan makannya mengikut aturan.

Anda boleh cuba cincin tambat zakar untuk kekalkan ereksi atau menahan darah supaya tidak tercicir keluar ketika anda bersetubuh.

Jika semua ini anda cuba tetapi tiada apa-apa perubahan langsung, elok berjumpa doktor untuk pemeriksaan kesihatan.

Jika perlu, doktor anda akan cadangkan ubat yang sesuai.

ORDER KRIM VIRILE - 019-3400 311



No comments: